Hantar atau kongsikan artikel ini

Bookmark and Share

Monday, May 18, 2009

Hadiah Untuk Seorang Guru

Pada suatu hari berhimpunlah murid-murid di hadapan semua guru. Satu persatu murid datang bersalaman dengan semua guru sambil membawa hadiah berbagai-bagai warna bungkusannya. Ada yang memberi pen, kad ucapan, bunga, bingkai gambar, gelas dan sebagainya. Akhir sekali ada seorang pelajar yang datang ke hadapan guru-guru tanpa membawa apa-apa bungkusan atau hadiah. Melalui keadaan pelajar itu berpakaian jelas menunjukkan dia dari keluarga yang miskin dan fahamlah guru-guru bahawa dia tidak mampu membeli apa-apa hadiah untuk guru yang dikasihinya. Dia berjalan kehadapan dengan langkah yang perlahan dan berhenti di hadapan semua guru-guru lalu berkata; "Cikgu yang dikasihi saya tidak dapat memberikan apa-apa hadiah pada hari ini tetapi saya  berjanji akan memberikan hadiah yang paling berharga kepada cikgu semua pada suatu hari nanti iaitu dengan menjadikan diri saya berjaya dalam hidup".  Mendengar kata-kata itu guru-guru bertepuk tangan penuh rasa bangga dan terharu sehingga ada di antara mereka yang menitiskan air mata. 


Tapayas - Dulu sya seorang budak yg nakal dan lembab pelajaran. Terima kasih cikgu atas semua tunjuk ajar.

Friday, May 15, 2009

Tema Hari Guru 2009

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"


Selamat hari guru kepada semua pendidik khususnya di Malaysia dan seluruh dunia umumnya. Semoga para pendidik (yang berjiwa mendidik) akan terus diberkati Tuhan dalam hidup (keperluan rohani dan jasmani). Tanpa insan yang bergelar guru tiada mereka yang bergelar bijak pandai hari ini. 

Seorang guru walaupun tidak berkata-kata, ia telah menunjukkan masa depan dengan keperibadiannya. 

Terima kasih cikgu!

AWAS: Selsema babi

Mengeletarlah ketakutan semua babi-babi  pasal selsema babi sudah sampai di Malaysia. Kes pertama disahkan hari ini oleh KKM. Oleh itu kepada semua penumpang pesawat MH091 dari Newark USA digesa membuat tindakan susulan agar penyakit ini tidak menular ke seluruh negara. Kepada mereka yang ada dalam pesawat tersebut sila hubungi 03-88810200 atau 0388810300. Atau, sekiranya anda mempunyai simptom2 penyakit H1N1 ini sila berjumpa dengan doktor yang berdekatan dengan menyatakan maklumat perjalanan anda. 


Tidak lama lagi mangkali kita kena pakai corong mulut macam mulut babi tu pasal mau jaga itu udara babi masuk mulut. Sorriii paliss!!


Thursday, May 14, 2009

200,000 kakitangan awam naik gaji

Najib semalam mengumumkan kenaikan gaji kepada beberapa kategori spt penyandang KUP dan naik taraf lapan skim perkhidmatan serta melibatkan penjawat awam negeri. 
maklumat lanjut belum ada... sabar ja

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu

Betapa tingginya pengorbanan seorang ibu. Betapa susahnya mereka membesarkan anak-anak dengan pelbagai karenah, kekadang menyakitkan hati mereka. Barangkali pernah terpacul di mulut para ibu bahawa mereka menyesal melahirkan anak namun kata-kata itu hanyalah di bibir sahaja ketika hati mereka dilanda badai tsunami permasalahan. Di sini dicoretkan sebuah puisi dedikasi kepada para ibu seluruh dunia (khusus kepada ibu tunggal).


Ibu betapa hatiku mencintaimu..
teringatku kasih pengorbananmu..
teringatku segala derita usahamu..
hancur luluh hati ini.

Ibu banyak perkara kau rahsiakan..
banyak persoalan kau hadapi..
kekadang kau sendiri kau sendiri hadapi..
seolah hilang tumpuan..

Ibu namun kau tabah..
lagi engkau sabar..
dan tidak putus kasihmu..

Ibu tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan kasihmu..
hanya budi ku balas..
walau semua nyawa ini ku berikan padamu..
tidak cukup membalas budimu..
terima kasih IBU.

Drama Politik Bersiri Terkini & Paling Popular Di Malaysia

Alkisah filem drama ini telah tercetus pembikinannya sejurus pilihanraya ke-12 berakhir. Dikisahkan lokasi pembikinan drama bersiri ini ialah di negeri Perak. Episod drama bermula apabila parti pembangkang (PR) telah mendapat majoriti mudah mengalahkan parti pemerintah sebelum ini dengan kelebihan kerusi 31/28. Episod kedua adalah menceritakan tentang betapa sukarnya PR memilih siapa MB mereka. Namun akhirnya kemelut itu dapat diatasi dengan permuafakatan antara ahli PR. Episod  ketiga pula menceritakan tentang beralihnya pemegang tampuk pemerintahan daripada PR kepada BN yang didakwa oleh PR sebagai tidak mengikut lunas-lunas undang-undang yang betul. Maka terjadilah peristiwa-peristiwa yang mencetuskan peperangan mulut dan undang-undang kedua-dua pihak. Setakat ini belum ada kejadian kehilangan nyawa yang dipaparkan dalam drama tersebut. Episod terkini yang telah siap pembikinannya pada dua hari yang lalu adalah kisah BN yang mencuba mengukuhkan kekuasaannya dalam dewan pemerintahan dengan melakukan beberapa tindakan kebudak-budakan dalam dewan negeri yang mulia, manakala seperti biasa PR dilihat sebagai pihak yang mahu menegakkan keadilan namun sering tertindas oleh tipu muslihat BN. Lebih mendebarkan dan memualkan kisah drama ini dengan pencerobohan pihak tertentu dalam dewan persidangan.  

Drama ini belum ada episod akhirnya kerana difahamkan melalui cerita bloger-bloger bahawa pengarang filem drama ini tidak mahu mengambil jalan mudah dan telus untuk menyelasaikan kemelut politik di Perak tersebut. Menurut para penonton jalan mudah dan pratikal lagi telus untuk menentukan perebutan kuasa antara PR dan BN ialah melalui pilihanraya kecil di Perak. Namun dengar cerita pembikin filem drama ini tidak mahu menamatkan drama ini kerana mereka memperolehi banyak faedah jika drama ini diperpanjangkan. Drama ini dijangka akan menjadi drama box opis dalam dan luar negara. Tahniah kepada penulis dan pangarah drama ini. 

Tapayas- Sokong keadilan untuk semua (bukan parti )

GERAKAN MANSUH ISA

GERAKAN MANSUH ISA