DAP tidak mahu Ketua Menteri Sabah diganti
KOTA KINABALU: Jimmy Wong (DAP-Sri Tanjong) mahu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, dikekalkan sebagai pemimpin negeri. Beliau berkata, ini berikutan pelbagai pembangunan yang berjaya dilaksanakan untuk rakyat di Sabah.
"Perdana Menteri sudah berubah. Saya berharap ketua menteri Sabah sekarang tidak akan diganti.
"Sabah kini banyak berubah dan semakin membangun. Ekonomi kebanyakan rakyat miskin juga semakin baik," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini. Bagaimanapun, beliau juga berharap kerajaan negeri tidak putus membawa pembangunan kepada rakyat kerana masih terdapat golongan yang masih menunggu pembelaan. "Saya berharap Datuk Seri Musa dan anggota kabinetnya bekerja lebih keras dan lebih tekun lagi kerana banyak lagi projek pembangunan yang perlu dilaksanakan," tambahnya. - Bernama
Pada pendapat saya KM Sabah perlu diganti kerana tidak mampu memantau prestasi ahli-ahli DUNnya. Contohnya kawasan DUN yang disandang oleh Datuk Siringan Gubat, Datuk Ewon Ibin, Datuk Masidi Manjun tidak menunjukkan pembangunan yang ketara walaupun BN telah memerintah di Sabah lebih daripada dua penggal. Pelbagai janji pilihanraya tidak dapat ditunaikan. Saya bagi satu contoh sahaja: Jalan Marakau-Libang dan Jalan Marakau-Kinapulidan tidak pernah dibaiki (diturap) sejak sepuluh tahun lalu. Jalan ini kira-kira 1 km dari pekan Ranau. Sudah berlalu 2 pilihanraya DUN dan mereka berjanji akan membaiki jalan tersebut. Untuk menunjukkan bahawa mereka betul2 mahu membaiki jalan tersebut maka diletakkanlah papan tanda projek, batu kelikir, dan jentolak di tepi-tepi jalan Marakau. Namun setelah pilihanraya berlalu dan mereka mendapat mandaat rakyat papan tanda projek tersebut hanya terbiar begitu sahaja dan batu serta jentolak diangkut entah ke mana. Dahulunya papan tanda tersebut ada tertulis PROJEK PERSEKUTUAN MEMBAIKI JALAN MARAKAU-LIBANG-KINAPULIDAH kini papan tersebut masih ada namun tulisannya telah bertukar kepada perkataan "PROJEK PENIPU". Sebenarnya banyak lagi projek-projek penipu yang menyakitkan hati rakyat yang dibuat oleh para pemimpin BN tetapi cukuplah cerita ini. Bagaimanapun tidak semua pemimpin BN itu penipu dan tidak bertanggungjawab. Syabas dan terima kasih kepada para pemimpin BN yang telus ikhlas menjadi YB (Yang Berkhidmat) untuk rakyat Sabah.
Kegagalan KM Sabah memantau prestasi ahli DUN merupakan kelemahan serius dalam pentadbiran negeri. KM harus melakukan sesuatu agar tidak ada rakyat/kawasan yang tercicir dari arus pembangunan perdana. Jika tidak maka wajarlah KM sekarang ini diberi kepada orang lain.
Rencana Khas Bai'ah
-
*Bai'ah Kenapa Pemimpin Pas Kehilangan Kata-Kata
*
KADANG KADANG saya jadi hairan bin ajaib bin aneh binti bingung dengan sikap
Pas. Kadang kala Pas jadi te...
12 hours ago




0 comments:
Post a Comment