NEW SABAH TIMES-ONLINE PULAU PINANG: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan ca-dangan bagi membenarkan guru kumpulan A berpolitik asalkan tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran melahirkan kebimbangan sekiranya guru tidak diberi ruang da-lam politik ia akan menjejaskan hala tuju parti untuk mendekati rakyat. “Cadangan saya itu bersyarat, se-mangat guru juga penting dalam politik, lihat sahaja kewujudan Umno ia bermula dengan semangat guru-guru. “Mereka inilah yang menjadi mata, telinga dan suara rakyat. Saya bimbang jika semangat dan komitmen ini tidak diberi ruang dalam parti, hala tuju parti dalam usaha mendekati rakyat akan terjejas,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Perkhid-matan Awam Tan Sri Ismail Adam ba-hawa cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan kerana dikhuatiri boleh memecahbelahkan golongan pendidik. Hishammuddin sebelum itu mengadakan lawatan ke Pusat Pendidikan Sains dan Matematik Serantau (RECSAM). Beliau yang juga Presiden ke-43 Pertubuhan Menteri- Menteri Pelajaran Asia Tenggara (Seameo) akan mele-paskan jawatan itu kepada Menteri Pendidikan Thailand Ahad ini. “Dalam hal ini sesiapa sahaja bo-leh memberikan pandangan dan pendapat mereka supaya apabila keputusan dibuat nanti semua pihak akan berpuas hati,” katanya. Dalam perkembangan lain, His-hammuddin tidak menafikan perjuangan para pejuang bahasa dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu berhu-bung isu Pengajaran dan Pembelaja-ran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Beliau menjelaskan setiap keputusan yang akan dibuat berhubung isu itu akan mengambil kira fakta, angka dan kajian terperinci dan bukan ber-asaskan pertimbangan populariti atau politik. Katanya keputusan hasil kajian itu akan diserahkan kepada Kabinet tidak lama lagi untuk tujuan ulasan.Cadangan guru boleh berpolitik dengan bersyarat: Hishammuddin
3rd April, 2009
Rencana Khas Bai'ah
-
*Bai'ah Kenapa Pemimpin Pas Kehilangan Kata-Kata
*
KADANG KADANG saya jadi hairan bin ajaib bin aneh binti bingung dengan sikap
Pas. Kadang kala Pas jadi te...
12 hours ago




0 comments:
Post a Comment