Saya rasa terpanggil untuk membuat komen sedikit pasal isu larangan penggunaan perkataan Allah ni. Saya kemukakan beberapa soalan untuk kita fikirkan bersama.
- Perkataan Allah itu asal bahasanya mana?
- Apakah di perlambagaan Malaysia termaktub larangan kebebasan beragama?
- Kenapa keliru?
- Kenapa sibuk-sibuk pasal akidah orang Ktristian?
- Tidak cukupkah benteng pertahanan ajaran Islam?
- Kenapa mesti mahu membuat tindakan agresif untuk melarang penggunaan perkataan ini?
- Adakah bahasa Malaysia milik satu-satu agama?
- Adakah Islam Malaysia saja yang berhak menggunakan perkataan ini?
- Adakah orang Islam Arab melarang penggunaan perkataan ini?
- Adakah dunia Islam melarang orang Kristian Malaysia menggunakan perkataan ini?
- Adakah Alkitab (Bahasa Indonesia/Bahasa Malaysia) diterjemahkan terus daripada Bahasa Inggeris?
- Adakah Kitab Kristian itu asalnya daripada Bahasa Inggeris?
- Apakah Islam lebih dahulu menggunakan perkataan Allah?
- Apakah Islam tidak kenal siapa Allah mereka?
- Apakah benar Kristian ada tiga Allah?
- Jika sudah tahu agama Kristian itu salah, mengapa perlu membaca tulisan Kristian?
- Jika sudah tahu Kristian itu salah akidah,apa perlu larangan itu?
- Jika orang Kristian tidak menggunakan perkataan Allah, apakah orang Melayu akan bertambah keislamannya?
- Jika tiada Bahasa Arab, bahasa apakah yang Islam guna?
- Jika tiada Bahasa Malaysia bahasa apakah yang Kristian guna?




3 comments:
Pemahaman orang ARAB jauh lebih bagus dari pemahaman orang Islam malaysia tentang "ALLAH" ... wut a shame !!!!
Islam Malaysia ni... sebenarnya tidak sejauh mana, keislaman mereka ni membabi buta saja... agama keturunan saja, sebab tu bila kita tanya sikit.. mereka tak tau, sebab kebanyakan drp mereka tu cuma tau cakap arab dalam solat mereka saja, tapi tak tau erti... macam menjaring angin la...
layari: toburon today
I can feel a burning heat in here.. :P yes. U stated it out loud~ :) i think its clear.. :) i think they shouldnt being too fanatic on it.. i guess they didnt really know bout wat it is all about.. :) interesting! :)
Post a Comment