Hari ini telah sampai 45 tahun penubuhan Malaysia (50 tahun merdeka bagi Tanah Melayu). Dalam tempoh ini banyak perkara yang telah dilalui oleh negara kita untuk menjadi negara bangsa yang bersatu dan rakyat yang dewasa. Dewasa dalam segala hal, termasuk dewasa dalam berpolitik, sosio rohani dan ekonomi. Kedewasaan barangkali boleh kita tafsirkan sebagai ketamadunan atau kemajuan sesuatu bangsa. Dalam usaha mencapai tamadun yang baik kita mungkin terlapas pandang persekitaraan akar umbi masyarakat kita. Khususnya di Sabah masih banyak tempat yang tertinggal daripada arus pembangunan, bahkan terlepas perhatian daripada mata simpati para jutawan atau pemimpin kaya-raya. Bagaimanapun banyak tempat telah menunjukkan perubahan yang ketara dalam tempoh 45 tahun Malaysia. Banyak bandar mengalami pertumbuhan pembangunan yang pesat. Tidak kurang kampung-kampung yang dinaik taraf jalan perhubungan, air dan bekalan elektrik.
Dalam tempoh 45 tahun ini sekali lagi Sabah berpeluang menjadi Sabah yang sebenar seperti mana Sabah yang mula-mula bersetuju membentuk Persekutuan Malaysia bersama dengan Sarawak, Singapura, Negeri-Negeri Selat dan Tanah Melayu. Peluang yang tidak akan datang dua kali atau peluang yang sukar diperolehi dalam seratus tahun lagi. Sabah mempunyai suara yang kuat di Dewan Negara dan mampu memilih arah masa depan. Sudah tiba masanya 'anak diberi kepercayaan dan hak' oleh bapanya kerana setiap anak yang telah dewasa harus mendapat bahagain yang sama dengan saudara-saudara daripada bapa yang sama. Persoalannya, beranikah Sabah melangkah masuk ke peringkat kedewasaan.

2 comments:
hi tapayas...
Sabah merdeka 45 tahun yang lalu, namun kedewasaan Sabah utk 45 tahun tidak menampakkan kematangan. Sepatutnya kelahiran Sabah 45 tahun lalu membawa kedewasaan yang lebih jitu. Biarpun kita mampu tersenyum melihat kemajuan yang sudah sedia ada namun kemajuan itu sudah sepatunya kita raihkan 25 tahun lebih awal.
Kita diibaratkan kain putih bersih yang telah dihiasi pelbagai corak yang hanya mendatangkan keuntungan kepada pelukis2 luar.
betul juga firkiran ko ni minsulod
Post a Comment