Monday, May 18, 2009

Hadiah Untuk Seorang Guru

Pada suatu hari berhimpunlah murid-murid di hadapan semua guru. Satu persatu murid datang bersalaman dengan semua guru sambil membawa hadiah berbagai-bagai warna bungkusannya. Ada yang memberi pen, kad ucapan, bunga, bingkai gambar, gelas dan sebagainya. Akhir sekali ada seorang pelajar yang datang ke hadapan guru-guru tanpa membawa apa-apa bungkusan atau hadiah. Melalui keadaan pelajar itu berpakaian jelas menunjukkan dia dari keluarga yang miskin dan fahamlah guru-guru bahawa dia tidak mampu membeli apa-apa hadiah untuk guru yang dikasihinya. Dia berjalan kehadapan dengan langkah yang perlahan dan berhenti di hadapan semua guru-guru lalu berkata; "Cikgu yang dikasihi saya tidak dapat memberikan apa-apa hadiah pada hari ini tetapi saya  berjanji akan memberikan hadiah yang paling berharga kepada cikgu semua pada suatu hari nanti iaitu dengan menjadikan diri saya berjaya dalam hidup".  Mendengar kata-kata itu guru-guru bertepuk tangan penuh rasa bangga dan terharu sehingga ada di antara mereka yang menitiskan air mata. 


Tapayas - Dulu sya seorang budak yg nakal dan lembab pelajaran. Terima kasih cikgu atas semua tunjuk ajar.

Friday, May 15, 2009

Tema Hari Guru 2009

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"


Selamat hari guru kepada semua pendidik khususnya di Malaysia dan seluruh dunia umumnya. Semoga para pendidik (yang berjiwa mendidik) akan terus diberkati Tuhan dalam hidup (keperluan rohani dan jasmani). Tanpa insan yang bergelar guru tiada mereka yang bergelar bijak pandai hari ini. 

Seorang guru walaupun tidak berkata-kata, ia telah menunjukkan masa depan dengan keperibadiannya. 

Terima kasih cikgu!

AWAS: Selsema babi

Mengeletarlah ketakutan semua babi-babi  pasal selsema babi sudah sampai di Malaysia. Kes pertama disahkan hari ini oleh KKM. Oleh itu kepada semua penumpang pesawat MH091 dari Newark USA digesa membuat tindakan susulan agar penyakit ini tidak menular ke seluruh negara. Kepada mereka yang ada dalam pesawat tersebut sila hubungi 03-88810200 atau 0388810300. Atau, sekiranya anda mempunyai simptom2 penyakit H1N1 ini sila berjumpa dengan doktor yang berdekatan dengan menyatakan maklumat perjalanan anda. 


Tidak lama lagi mangkali kita kena pakai corong mulut macam mulut babi tu pasal mau jaga itu udara babi masuk mulut. Sorriii paliss!!


Thursday, May 14, 2009

200,000 kakitangan awam naik gaji

Najib semalam mengumumkan kenaikan gaji kepada beberapa kategori spt penyandang KUP dan naik taraf lapan skim perkhidmatan serta melibatkan penjawat awam negeri. 
maklumat lanjut belum ada... sabar ja

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Ibu

Betapa tingginya pengorbanan seorang ibu. Betapa susahnya mereka membesarkan anak-anak dengan pelbagai karenah, kekadang menyakitkan hati mereka. Barangkali pernah terpacul di mulut para ibu bahawa mereka menyesal melahirkan anak namun kata-kata itu hanyalah di bibir sahaja ketika hati mereka dilanda badai tsunami permasalahan. Di sini dicoretkan sebuah puisi dedikasi kepada para ibu seluruh dunia (khusus kepada ibu tunggal).


Ibu betapa hatiku mencintaimu..
teringatku kasih pengorbananmu..
teringatku segala derita usahamu..
hancur luluh hati ini.

Ibu banyak perkara kau rahsiakan..
banyak persoalan kau hadapi..
kekadang kau sendiri kau sendiri hadapi..
seolah hilang tumpuan..

Ibu namun kau tabah..
lagi engkau sabar..
dan tidak putus kasihmu..

Ibu tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan kasihmu..
hanya budi ku balas..
walau semua nyawa ini ku berikan padamu..
tidak cukup membalas budimu..
terima kasih IBU.

Drama Politik Bersiri Terkini & Paling Popular Di Malaysia

Alkisah filem drama ini telah tercetus pembikinannya sejurus pilihanraya ke-12 berakhir. Dikisahkan lokasi pembikinan drama bersiri ini ialah di negeri Perak. Episod drama bermula apabila parti pembangkang (PR) telah mendapat majoriti mudah mengalahkan parti pemerintah sebelum ini dengan kelebihan kerusi 31/28. Episod kedua adalah menceritakan tentang betapa sukarnya PR memilih siapa MB mereka. Namun akhirnya kemelut itu dapat diatasi dengan permuafakatan antara ahli PR. Episod  ketiga pula menceritakan tentang beralihnya pemegang tampuk pemerintahan daripada PR kepada BN yang didakwa oleh PR sebagai tidak mengikut lunas-lunas undang-undang yang betul. Maka terjadilah peristiwa-peristiwa yang mencetuskan peperangan mulut dan undang-undang kedua-dua pihak. Setakat ini belum ada kejadian kehilangan nyawa yang dipaparkan dalam drama tersebut. Episod terkini yang telah siap pembikinannya pada dua hari yang lalu adalah kisah BN yang mencuba mengukuhkan kekuasaannya dalam dewan pemerintahan dengan melakukan beberapa tindakan kebudak-budakan dalam dewan negeri yang mulia, manakala seperti biasa PR dilihat sebagai pihak yang mahu menegakkan keadilan namun sering tertindas oleh tipu muslihat BN. Lebih mendebarkan dan memualkan kisah drama ini dengan pencerobohan pihak tertentu dalam dewan persidangan.  

Drama ini belum ada episod akhirnya kerana difahamkan melalui cerita bloger-bloger bahawa pengarang filem drama ini tidak mahu mengambil jalan mudah dan telus untuk menyelasaikan kemelut politik di Perak tersebut. Menurut para penonton jalan mudah dan pratikal lagi telus untuk menentukan perebutan kuasa antara PR dan BN ialah melalui pilihanraya kecil di Perak. Namun dengar cerita pembikin filem drama ini tidak mahu menamatkan drama ini kerana mereka memperolehi banyak faedah jika drama ini diperpanjangkan. Drama ini dijangka akan menjadi drama box opis dalam dan luar negara. Tahniah kepada penulis dan pangarah drama ini. 

Tapayas- Sokong keadilan untuk semua (bukan parti )

Wednesday, April 22, 2009

Lagi Projek Tergendala

Nama Projek: Projek Persendirian Marakau
Kontraktor: Sudah 2 Kali Tukar Sdn.Bhd
Tarikh Mula: Ogos 2008
Tarikh Siap: Ogos 2009
No.Pesanan: Jangan ketawa
Publish Post

Jalan Marakau ditukar kepada Jalan Penipu





video

Papan tanda projek sudah dua kali bertukar wajah tetapi jalanraya yang dijanjikan untuk dinaiktaraf tetap tidak berubah wajah. Oleh itu beberapa insan yang kreatif telah menconteng papan tanda tersebut dengan perkataan 'proje bohong' dan 'penipu'. Maka terkenallah kekreatifan insan misteri tersebut sehingga menjadi buah mulut orang-orang yang menggunakan jalan tersebut. Semenjak wujudnya contengan itu maka jalan itu dikenali sebagai Jalan Penipu. Dengar cerita kawan saya perubahan nama tersebut telah dimaklumkan kepada empunya janji (YB) secara terus tanpa sengaja.

Tapayas - dulu selalu panjat pokok tarap, sekarang jangankan nak panjat makan buah tarap pun jarang2

Camry Oh Zamry

Nasib engkaulah Camry kerana Zamry marahkan engkau. Itulah engkau Camry, ntah siapa bagi engkau nama Camry. Apakh doamu Camry sehingga engku dan saudara-saudaramu dibuang walaupun umurmu belum setahun jagung. Adakah engkau ni tak mahu tuan yang baru atau engkau terlalu kerdil untuk mengangkut orang-orang besar Perak. Entahlah...

Monday, April 20, 2009

KM Sabah Tidak Perlu Diganti?

DAP tidak mahu Ketua Menteri Sabah diganti

KOTA KINABALU: Jimmy Wong (DAP-Sri Tanjong) mahu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, dikekalkan sebagai pemimpin negeri. Beliau berkata, ini berikutan pelbagai pembangunan yang berjaya dilaksanakan untuk rakyat di Sabah. 

"Perdana Menteri sudah berubah. Saya berharap ketua menteri Sabah sekarang tidak akan diganti.

"Sabah kini banyak berubah dan semakin membangun. Ekonomi kebanyakan rakyat miskin juga semakin baik," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini. Bagaimanapun, beliau juga berharap kerajaan negeri tidak putus membawa pembangunan kepada rakyat kerana masih terdapat golongan yang masih menunggu pembelaan. "Saya berharap Datuk Seri Musa dan anggota kabinetnya bekerja lebih keras dan lebih tekun lagi kerana banyak lagi projek pembangunan yang perlu dilaksanakan," tambahnya. - Bernama

Pada pendapat saya KM Sabah perlu diganti kerana tidak mampu memantau prestasi ahli-ahli DUNnya. Contohnya kawasan DUN yang disandang oleh Datuk Siringan Gubat, Datuk Ewon Ibin, Datuk Masidi Manjun tidak menunjukkan pembangunan yang ketara walaupun BN telah memerintah di Sabah lebih daripada dua penggal. Pelbagai janji pilihanraya tidak dapat ditunaikan. Saya bagi satu contoh sahaja: Jalan Marakau-Libang dan Jalan Marakau-Kinapulidan tidak pernah dibaiki (diturap) sejak sepuluh tahun lalu. Jalan ini kira-kira 1 km dari pekan Ranau. Sudah berlalu 2 pilihanraya DUN dan mereka berjanji akan membaiki jalan tersebut. Untuk menunjukkan bahawa mereka betul2 mahu membaiki jalan tersebut maka diletakkanlah papan tanda projek, batu kelikir, dan jentolak di tepi-tepi jalan Marakau. Namun setelah pilihanraya berlalu dan mereka mendapat mandaat rakyat papan tanda projek tersebut hanya terbiar begitu sahaja dan batu serta jentolak diangkut entah ke mana. Dahulunya papan tanda tersebut ada tertulis PROJEK PERSEKUTUAN MEMBAIKI JALAN MARAKAU-LIBANG-KINAPULIDAH kini papan tersebut masih ada namun tulisannya telah bertukar kepada perkataan "PROJEK PENIPU". Sebenarnya banyak lagi projek-projek penipu yang menyakitkan hati rakyat yang dibuat oleh para pemimpin BN tetapi cukuplah cerita ini. Bagaimanapun tidak semua pemimpin BN itu penipu dan tidak bertanggungjawab. Syabas dan terima kasih kepada para pemimpin BN yang telus ikhlas menjadi YB (Yang Berkhidmat) untuk rakyat Sabah. 

Kegagalan KM Sabah memantau prestasi ahli DUN merupakan kelemahan serius dalam pentadbiran negeri. KM harus melakukan sesuatu agar tidak ada rakyat/kawasan yang tercicir dari arus pembangunan perdana. Jika tidak maka wajarlah KM sekarang ini diberi kepada orang lain. 


Monday, April 6, 2009

Peringatan Kepada Pelancong-Pelancong Ke Thailand

Hari ini saya mendapat email daripada seseorang. Kandungan email tersebut adalah seperti di bawah ini. Saya tidak pasti adakah ia cerita yang benar2 berlaku atau sebaliknya. Walau bagaimanapun cerita ini boleh menjadi peringatan kepada sesiapa sahaja yang berminat ke luar negara supaya berhati-hati dalam semua keadaan.

This is a true story..

Kindly read through.
TQ.

Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ........... ... satu peringatan.
I would like to relate to you all an incidence... ........ ..... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..
After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb.
Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport. Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.
Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa memperdulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.
Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall).
Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.
Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti nenolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis.
Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan. Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok . Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter. Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)
Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok .
Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya. Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000. Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000. Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing....... .. dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu.
Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun......... ....). Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok . My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang.
Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok ) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia ........ ....... (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)
Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita........ .... tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil.
Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ...... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah.. ... memang ini kisah benar.
Dear Omar, remember our phone call recently?
Please be careful, ok?

Friday, April 3, 2009

Harapan Kepada Perdana Menteri Baru

Hari ini 3hb April 2009 sekali lagi Malaysia mencatat sejarah apabila Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dilantik menjadi PM yang baru bagi menggantikan Abdullah.  Abdulah telah menyerahkan tampuk pemerintahan ekoran desakan oleh beberapa pemimpin BN. Abdulah dikaitkan sebagai punca kepada kekalahan besar BN dalam pilihanraya ke-12 lalu. 
Perlantikan Najib sebagai PM mendapat pelbagai reaksi. Pihak PR masih berpegang kepada pendirian mereka bahawa Najib tidak layak menjadi PM. Manakala para penyokong BN menyambut perlantikan tersebut dengan penuh harapan dan kegembiraan. Najib disandarkan sebagai penentu kepada kesinambungan perjuangan dan pengaruh BN khususnya UMNO. Bagi rakyat Sabah, amat berharap dengan kepimpinan baru ini akan, segala janji-janji pilihanraya lalu dapat dikotakan dan program-program pembangunan yang telah ada dan akan datang agar dapat dilaksanakan dengan telus tanpa karenah biokrasi di semua peringkat. Selain itu, rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam menaruh harapan tinggi agar larangan penggunaan perkataan Allah dapat ditarik balik. 
Saya di antara jutaan rakyat Malaysia amat bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana Dia telah melembutkan hati Najib supaya membebaskan tahanan ISA dan dia (Najib) mahu mengkaji akta zalim tersebut. Semoga kepimpinan baru ini dapat memimpin negara Malaysia menghadapi cabaran global dewasa ini. 

GERAKAN MANSUH ISA

GERAKAN MANSUH ISA